Monday, 20 November 2017
MELEPASKAN TEKANAN
Hari ini, saya dan 2 rakan pergi ke Bangi Gateway, untuk bermain bowling selepas habis kelas. Kami telah pun bercadang untuk bermain hari ini sekadar untuk melepaskan tekanan sepanjang minggu peperiksaan sebelum ini. Setelah sampai di sana, kami makan tengah hari dahulu dan kemudian pergi ke tempat bowling. Kami main 3 game setiap seorang. Setelah itu, kami bermain di permainan arcade. Kemudian, saya terus sembahyang manakala mereka beli barang keperluan sebelum balik ke kolej. Kemudian, kami minum CoolBlog sebab teringin dan dah lama tak minum CoolBlog. Hahaha.

Setelah itu, kami balik ke kolej.

STUDY UNTUK EXAM.
Setakat ni, saya tak sempat nak updatekan blog. Hal ini kerana asyik sibuk study untuk exam. Habis kelas, lepak PTSL untuk study ; habis kelas, lepak PTSL study. Itulah rutin harianku sepanjang minggu lepas. Apa nak buat, peperiksaan midterm untuk course yang masih belum exam pun dah nak dekat waktu tu, iaitu sabtu dan ahad lepas. Kepala pun dah pening dan stress macam ala gambar dibawah ni. HAHAHA

Tapi adalah jugak rehat. Menipulah study 24 jam. Ada waktu lapang tu turun court main basketball dengan geng basketball, layan youtube, dan tak lupa juga tidur. Huhuhu. Kalau ada waktu lapang juga saya siapkan assignment yang diberi lecturer.
Sunday, 19 November 2017
PEPERIKSAAN MIDTERM YANG TERAKHIR
Hari ini, saya menghadapi peperiksaan yang terakhir untuk midterm iaitu subjek Matematik untuk Ekonomi dan Perniagaan. Hmmm, macam semalam, aku ditinggalkan oleh bas lagi. Setelah sampai ke DTAMS, saya ulangkaji sedikit dan masuk ke DTAMS apabila dipanggil untuk masuk. PEEEEEEHHH!!! Boleh tahan juga susah soalan peperiksaan. Tapi ku takkan putus asa. Saya cuba menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan segala pengetahuan yang ada, mana saya tak dapat jawab tu saya tinggalkan dahulu kerana tak mahu membazirkan masa untuk satu soalan sahaja. Saya cuba menjawab semua soalan tidak tahu sama ada betul atau tidak. Tapi yang penting jangan biarkan ia kosong.
Setelah habis peperiksaan, ku balik ke kolej dan mengemas bilik. Setelah itu, saya pulang ke rumah untuk menjenguk keluarga yang dah lama tak jumpa. Alangkah bahagianya saya waktu itu apabila emak telah memasakkan nasi briyani. Hahahaha. bertambah-tambah saya makan nasi briyani yang emak saya masak sehingga nak jalan pun susah selepas makan😂.
UKMWAF
UKM WORLD ART FESTIVAL (UKMWAF) telah diadakan di DECTAR pada jam 9 malam. Saya pergi ke DECTAR bersama rakan-rakan saya sebaik sahaja lepas sembahyang Isha`. Pelbagai persembahan yang menarik ditunjukkan oleh wakil beberapa buah negara seperti China, Jepun, Khazakhstan, dan lain -lain. Persembahan akhir adalah dari negara tanah airku iaitu Malaysia. Sebaik sahaja semua persembahan habis, saya pulang ke kolej untuk tidur sebab esok nak periksa.

Saturday, 18 November 2017
PEPERIKSAAN SETERUSNYA TELAH BERMULA
Pada hari Sabtu 18 November 2017, saya menghadapi peperiksaan untuk subjek Mikroekonomi. Selepas sahaja sembahyang subuh, saya menyelak semula apa yang telah saya baca sebelum ini. dalam pukul 0745, saya mandi dan bersiap-siap untuk pergi ke DTAMS. Sebaik sahaja saya turun tangga menuju ke perhentian bas, saya terlihat bas telah meninggalkan saya dan terus sahaja pergi. Hmmmm, jadi saya tunggulah bas lain sambil baca nota lecturer. Setelah bas sampai, saya naik bas tersebut dan menuju ke FPEND dan berjalan kaki ke DTAMS.
Setelah selesainya peperiksaan pada jam 1230, saya pulang ke kolej dengan rakan sekolej saya. Sebaik sahaja sampai ke kolej pada jam 1325, saya terus ke kafe kolejku dan makan sarapan. Hahahaha. Kemudian saya sembahyang dan rehat sekejap sebelum nak ulangkaji untuk peperiksaan esok. Setelah solat Asar, saya ada baca nota sedikit dan entah macam mana dah tertidur. Hmmmmmm, alangkah terkejut dan tergelaknya saya waktu itu apabila sedar jam telah menunjukkan sudah 1830. Saya terus mandi dan bersiap-siap sebab malam itu ada UKMWAF.

Tuesday, 14 November 2017
MENCUBA BERENANG DI KOLAM RENANG KELAB DANAU
Setelah sekian lama sudah tidak berenang, entah kenapa hari ini terasa nak berenang. Kali terakhir saya berenang pun masa tingkatan satu. Saya berjalan kaki dari kolej ke kelab danau. Seterusnya saya bayar sebanyak RM3 sebab saya pelajar UKM. Kalau orang luar perlu membayar lebih mahal termasuk kanak-kanak. Kolam renang di sana boleh tahan.

Saya cuba berenang sebanyak mana yang boleh. Sebelum ini 5 km saya masih boleh tahan berenang. Namun bila cuba hari ni, beberapa round dah tercungap-cungap. Nak masuk round ke 15, kaki saya dah mula kejang. Saya cuba sedaya upaya untuk tahan kesakitan kejang dalam air sambil berenang hanya menggunakan tangan sehingga sampai ke tepi kolam. Saya berehat sehingga habis kekejangan pada kakiku dan kemudian sambung berenang untuk pusingan yang terakhir. Seterusnya, saya mandi untuk bersihkan badan dan setelah itu balik ke kolej. Saya dapat merasakan esok kemungkinan saya akan sakit-sakit badan sebab dah lama tak berenang tapi dah pulun buat lebih 15 pusingan untuk percubaan pertama. Hahaha.😂
Friday, 10 November 2017
BERMANDI HUJAN
Pada petang Khamis, saya ada citra bola sepak, namun kelas kami terpaksa berhenti setelah buat beberapa latihan kerana hujan dah mula turun. Hujan sangat lebat waktu itu. Ketika saya baru sahaja nak berjalan kaki setelah siap menyimpan boot, saya dah ternampak bas namun tak dapat mengejarnya kerana takut jatuh sebab pakai selipar jepun dan terpaksalah menunggu sehingga bas seterusnya sampai.

Setelah lama menunggu sehingga sudah sampainya waktu Maghrib, saya dengan tanpa ada pilihan lain, meredah sahaja hujan lebat dari Padang A Pavillion hingga ke kolej. Basah kuyup seakan-akan baru sahaja mandi setelah ku sampai ke bilikku. Saya terus mandi dan sembahyang sebab dah kesuntukkan masa untuk sembahyang Maghrib. Kemudian, selepas sahaja sembahyang Isha` dan membuat post ini, saya terus tidur kerana keletihan.
Wednesday, 8 November 2017
FIRE DRILL
Pada malam ini, kami, semua warga KTHO dikejutkan dengan bunyi letupan, wisel, dan siren. Dan semua elektrik telah dimatikan saat itu. Saya tanya kepada ketua blok aras saya apa yang sedang berlaku. Dia membalas dan mengatakan bahawa kami sedang menjalani latihan kebakaran. Kami semua berkumpul di Panggung Seni. Setelah semua berkumpul, kami diberi taklimat tentang kebakaran yang disampaikan oleh seorang wakil daripada anggota bomba yang telah datang.
Kemudian, kami diberi tunjuk ajar malah memberi peluang kepada warga KTHO untuk menunjukkan demonstrasi. Setelah menunjukkan dengan pelbagai cara untuk memadamkan api, iaitu sama ada memarakkannya atau memadamkannya, kami pulang ke bilik kami.
Dan sekarang saya mahu tidur. huhu😴

Sunday, 5 November 2017
DUGAAN KEPADAKU
Hari ini, saya mengambil peperiksaan pertengahan semester di DTAMS. Saya dan rakan-rakan saya menaiki bas dan sambung perjalanan kami ke DTAMS.
Seperti biasa, saya membaca doa sebelum membuat ujian agar permudahkan segala perkara yang bakal berlaku. Soalan telah dimulakan dengan soalan-soalan teori. Namun, saat bermulanya soalan yang melibatkan pengiraan yang banyak, saya mengambil kalkulatorku untuk menggunakannya. Alangkah terkejutnya saya pada waktu itu kerana kalkulatorku tidak menunjukkan apa-apa nombor atau kod😨. Sebelum ini tidak pernah pun berlaku ketika dalam kuliah, cuma sekadar agak kurang jelas nombor tersebut. Kemungkinan sudah habis bateri. Maka, saya terpaksa kira secara congak sepanjang waktu periksa tersebut. Saya cuba sedaya upaya saya untuk menyiapkan semua soalan tersebut. Walaubagaimanapun, saya tak dapat menyiapkan sepenuhnya dan terpaksa menutup soalan yang terakhir dengan kandungan yang tak lengkap malah semua soalan yang saya buat tidak imbang. Tidak tahulah saya salah kira atau saya ada buat kesilapan pada akaun tersebut kerana waktu itu saya merasa kesuntukkan masa jika mengira secara congak. Saya berdoa kepada Allah agar melembutkan hati pemeriksa untuk menanda kertas saya.
Selepas menunaikan solat Zohor, saya pulang ke rumah dan seterusnya pergi ke kedai yang saya beli kalkulator tersebut. Memang didapati kalkulatorku sudah habis bateri.
Pada hari ini, dugaan memang betul menimpaku. Dan kemungkinan Allah ingin mengujiku atau ada hikmah di sebalik dugaanku ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Page Title Click Here MUHAMMAD ABDULLAH BIN ZULDA MASRI My Favourite Drinks. Mango Juice Tea Milk My Hobby. ...
-
Sudah menjadi adat rasanya, dimana setiap tahun UKM akan mengadakan PERANG DECTAR antara kolej. Pada malam yang bersejarah itu, kami telah b...
-
Pada 26 September 2017, saya telah menghadiri kursus debat di pusanika. Program tersebut diadakan pada pukul 8 p.m. Kami telah diberi penera...
-
Setelah sekian lama sudah tidak berenang, entah kenapa hari ini terasa nak berenang. Kali terakhir saya berenang pun masa tingkatan satu. Sa...