Sunday, 19 November 2017

PEPERIKSAAN MIDTERM YANG TERAKHIR

Hari ini, saya menghadapi peperiksaan yang terakhir untuk midterm iaitu subjek Matematik untuk Ekonomi dan Perniagaan. Hmmm, macam semalam, aku ditinggalkan oleh bas lagi. Setelah sampai ke DTAMS, saya ulangkaji sedikit dan masuk ke DTAMS apabila dipanggil untuk masuk. PEEEEEEHHH!!! Boleh tahan juga susah soalan peperiksaan. Tapi ku takkan putus asa. Saya cuba menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan segala pengetahuan yang ada, mana saya tak dapat jawab tu saya tinggalkan dahulu kerana tak mahu membazirkan masa untuk satu soalan sahaja. Saya cuba menjawab semua soalan tidak tahu sama ada betul atau tidak. Tapi yang penting jangan biarkan ia kosong.
Image result for math formulas
Setelah habis peperiksaan, ku balik ke kolej dan mengemas bilik. Setelah itu, saya pulang ke rumah untuk menjenguk keluarga yang dah lama tak jumpa. Alangkah bahagianya saya waktu itu apabila emak telah memasakkan nasi briyani. Hahahaha. bertambah-tambah saya makan nasi briyani yang emak saya masak sehingga nak jalan pun susah selepas makan😂.

No comments:

Post a Comment

Page Title Click Here MUHAMMAD ABDULLAH BIN ZULDA MASRI My Favourite Drinks. Mango Juice Tea Milk My Hobby. ...