Hari ini, saya mengambil peperiksaan pertengahan semester di DTAMS. Saya dan rakan-rakan saya menaiki bas dan sambung perjalanan kami ke DTAMS.
Seperti biasa, saya membaca doa sebelum membuat ujian agar permudahkan segala perkara yang bakal berlaku. Soalan telah dimulakan dengan soalan-soalan teori. Namun, saat bermulanya soalan yang melibatkan pengiraan yang banyak, saya mengambil kalkulatorku untuk menggunakannya. Alangkah terkejutnya saya pada waktu itu kerana kalkulatorku tidak menunjukkan apa-apa nombor atau kod😨. Sebelum ini tidak pernah pun berlaku ketika dalam kuliah, cuma sekadar agak kurang jelas nombor tersebut. Kemungkinan sudah habis bateri. Maka, saya terpaksa kira secara congak sepanjang waktu periksa tersebut. Saya cuba sedaya upaya saya untuk menyiapkan semua soalan tersebut. Walaubagaimanapun, saya tak dapat menyiapkan sepenuhnya dan terpaksa menutup soalan yang terakhir dengan kandungan yang tak lengkap malah semua soalan yang saya buat tidak imbang. Tidak tahulah saya salah kira atau saya ada buat kesilapan pada akaun tersebut kerana waktu itu saya merasa kesuntukkan masa jika mengira secara congak. Saya berdoa kepada Allah agar melembutkan hati pemeriksa untuk menanda kertas saya.
Selepas menunaikan solat Zohor, saya pulang ke rumah dan seterusnya pergi ke kedai yang saya beli kalkulator tersebut. Memang didapati kalkulatorku sudah habis bateri.
Pada hari ini, dugaan memang betul menimpaku. Dan kemungkinan Allah ingin mengujiku atau ada hikmah di sebalik dugaanku ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Page Title Click Here MUHAMMAD ABDULLAH BIN ZULDA MASRI My Favourite Drinks. Mango Juice Tea Milk My Hobby. ...
-
Sudah menjadi adat rasanya, dimana setiap tahun UKM akan mengadakan PERANG DECTAR antara kolej. Pada malam yang bersejarah itu, kami telah b...
-
Pada 26 September 2017, saya telah menghadiri kursus debat di pusanika. Program tersebut diadakan pada pukul 8 p.m. Kami telah diberi penera...
-
Setelah sekian lama sudah tidak berenang, entah kenapa hari ini terasa nak berenang. Kali terakhir saya berenang pun masa tingkatan satu. Sa...
No comments:
Post a Comment