Pada malam ini, kami, semua warga KTHO dikejutkan dengan bunyi letupan, wisel, dan siren. Dan semua elektrik telah dimatikan saat itu. Saya tanya kepada ketua blok aras saya apa yang sedang berlaku. Dia membalas dan mengatakan bahawa kami sedang menjalani latihan kebakaran. Kami semua berkumpul di Panggung Seni. Setelah semua berkumpul, kami diberi taklimat tentang kebakaran yang disampaikan oleh seorang wakil daripada anggota bomba yang telah datang.
Kemudian, kami diberi tunjuk ajar malah memberi peluang kepada warga KTHO untuk menunjukkan demonstrasi. Setelah menunjukkan dengan pelbagai cara untuk memadamkan api, iaitu sama ada memarakkannya atau memadamkannya, kami pulang ke bilik kami.
Dan sekarang saya mahu tidur. huhu😴
No comments:
Post a Comment