Semalam, iaitu pada 1 Oktober2017, saya telah pergi untuk latihan debat, pada mulanya, terdapat keraguan sama ada untuk pergi atau tidak. Hal ini kerana terdapat beberapa ahli yang tidak dapat hadir atas urusan peribadi. yang tinggal hanya tiga orang sahaja termasuk saya. Namun senior kami mengatakan latihan tetap dijalankan walaupun hanya tiga orang kerana kita kesuntukan masa. Maka saya terus turun ke kafe setelah keputusan yang telah dibuat oleh senior kami. Kami mengadakan perbincangan pada malam tersebut tentang tajuk-tajuk yang telah dikeluarkan untuk UKM VC CUP.
No comments:
Post a Comment