Pada hari ini, saya telah menghadiri 2 jenis `event` atau acara. Iaitu Hari Sukan Negara di UKM dan Gamesquare di Shah Alam. Pada awal pagi saya telah bersiap untuk turun ke padang sofbol UKM dan mendaftarkan diri untuk kehadiran dan citra saya. Aktiviti pertama kami ialah FUN WALK.

Setelah saya dan rakan-rakan sampai ke garisan penamat kami diberi masa untuk berehat sekejap sebelum aktiviti senamrobik diteruskan.



Setelah selesainya senamrobik, kami diberikan rehat sebentar sebelum kami dibahagikan kepada klinik-klinik sukan. Pada waktu ini, saya dan rakan-rakan mengambil beberapa gambar sambil memakan aiskrim Malaysia.



Setelah kami berehat, saya pergi ke klinik frisbee. Hal ini kerana saya sudah lama tidak bermain frisbee dengan rakan-rakan saya. Kemudian, saya balik ke bilik saya dan bersiap-siap untuk pergi ke event seterusnya. Sebaik sahaja saya sampai ke bilik, alangkah terkejutnya saya kerana telah mencapai target langkah sehari dalam waktu yang singkat.

Selepas itu, saya sampai di KDU Shah Alam, saya pergi ke acara Gamesquare di dewan KDU tersebut. terdapat pebagai aktiviti yang diadakan di sana dan saya berjumpa dengan beberapa rakan baru sambil bermain TEKKEN 7 dengan pemain lain. Saya jumpa juga dengan beberapa rakan saya lain yang pergi ke KDU yang juga merupakan cosplayer.

Pergi ke dua acara ini sangat memenatkan dalam satu hari, namun saya berasa seronok dapat menyihatkan badan untuk hari sukan serta jumpa kawan-kawan baru dan kawan lama di gamesquare ini.
No comments:
Post a Comment