Monday, 11 December 2017

Page Title

Click Here

MUHAMMAD ABDULLAH BIN ZULDA MASRI

My Favourite Drinks.

  • Mango Juice
  • Tea
  • Milk
  • My Hobby.

    • Playing basketball
    • Swimming
    • Frisbee

Monday, 20 November 2017

MELEPASKAN TEKANAN

Hari ini, saya dan 2 rakan pergi ke Bangi Gateway, untuk bermain bowling selepas habis kelas. Kami telah pun bercadang untuk bermain hari ini sekadar untuk melepaskan tekanan sepanjang minggu peperiksaan sebelum ini. Setelah sampai di sana, kami makan tengah hari dahulu dan kemudian pergi ke tempat bowling. Kami main 3 game setiap seorang. Setelah itu, kami bermain di permainan arcade. Kemudian, saya terus sembahyang manakala mereka beli barang keperluan sebelum balik ke kolej. Kemudian, kami minum CoolBlog sebab teringin dan dah lama tak minum CoolBlog. Hahaha.Setelah itu, kami balik ke kolej.





STUDY UNTUK EXAM.

Setakat ni, saya tak sempat nak updatekan blog. Hal ini kerana asyik sibuk study untuk exam. Habis kelas, lepak PTSL untuk study ; habis kelas, lepak PTSL study. Itulah rutin harianku sepanjang minggu lepas. Apa nak buat, peperiksaan midterm untuk course yang masih belum exam pun dah nak dekat waktu tu, iaitu  sabtu dan ahad lepas. Kepala pun dah pening dan stress macam ala gambar dibawah ni. HAHAHA
Image result for headache when reading

Tapi adalah jugak rehat. Menipulah study 24 jam. Ada waktu lapang tu turun court main basketball dengan geng basketball, layan youtube, dan tak lupa juga tidur. Huhuhu. Kalau ada waktu lapang juga saya siapkan assignment yang diberi lecturer.

Sunday, 19 November 2017

PEPERIKSAAN MIDTERM YANG TERAKHIR

Hari ini, saya menghadapi peperiksaan yang terakhir untuk midterm iaitu subjek Matematik untuk Ekonomi dan Perniagaan. Hmmm, macam semalam, aku ditinggalkan oleh bas lagi. Setelah sampai ke DTAMS, saya ulangkaji sedikit dan masuk ke DTAMS apabila dipanggil untuk masuk. PEEEEEEHHH!!! Boleh tahan juga susah soalan peperiksaan. Tapi ku takkan putus asa. Saya cuba menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan segala pengetahuan yang ada, mana saya tak dapat jawab tu saya tinggalkan dahulu kerana tak mahu membazirkan masa untuk satu soalan sahaja. Saya cuba menjawab semua soalan tidak tahu sama ada betul atau tidak. Tapi yang penting jangan biarkan ia kosong.
Image result for math formulas
Setelah habis peperiksaan, ku balik ke kolej dan mengemas bilik. Setelah itu, saya pulang ke rumah untuk menjenguk keluarga yang dah lama tak jumpa. Alangkah bahagianya saya waktu itu apabila emak telah memasakkan nasi briyani. Hahahaha. bertambah-tambah saya makan nasi briyani yang emak saya masak sehingga nak jalan pun susah selepas makan๐Ÿ˜‚.

UKMWAF



UKM WORLD ART FESTIVAL (UKMWAF) telah diadakan di DECTAR pada jam 9 malam. Saya pergi ke DECTAR bersama rakan-rakan saya sebaik sahaja lepas sembahyang Isha`. Pelbagai persembahan yang menarik ditunjukkan oleh wakil beberapa buah negara seperti China, Jepun, Khazakhstan, dan lain -lain. Persembahan akhir adalah dari negara tanah airku iaitu Malaysia. Sebaik sahaja semua persembahan habis, saya pulang ke kolej untuk tidur sebab esok nak periksa.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
Image may contain: 4 people, people smiling, indoor
Image may contain: 4 people, people smiling
Image may contain: one or more people, people on stage and indoor
Image may contain: one or more people and people on stage
Image may contain: one or more people, people on stage and indoor
Image may contain: one or more people
Image may contain: 1 person, indoor
Image may contain: one or more people, people on stage, concert and indoor
Image may contain: one or more people, people on stage, concert and text
Image may contain: one or more people, night and concert



Saturday, 18 November 2017

PEPERIKSAAN SETERUSNYA TELAH BERMULA

Pada hari Sabtu 18 November 2017, saya menghadapi peperiksaan untuk subjek Mikroekonomi. Selepas sahaja sembahyang subuh, saya menyelak semula apa yang telah saya baca sebelum ini. dalam pukul 0745, saya mandi dan bersiap-siap untuk pergi ke DTAMS. Sebaik sahaja saya turun tangga menuju ke perhentian bas, saya terlihat bas telah meninggalkan saya dan terus sahaja pergi. Hmmmm, jadi saya tunggulah bas lain sambil baca nota lecturer. Setelah bas sampai, saya naik bas tersebut dan menuju ke FPEND dan berjalan kaki ke DTAMS.
Image result for dtams ukm

Setelah selesainya peperiksaan pada jam 1230, saya pulang ke kolej dengan rakan sekolej saya. Sebaik sahaja sampai ke kolej pada jam 1325, saya terus ke kafe kolejku dan makan sarapan. Hahahaha. Kemudian saya sembahyang dan rehat sekejap sebelum nak ulangkaji untuk peperiksaan esok. Setelah solat Asar, saya ada baca nota sedikit dan entah macam mana dah tertidur. Hmmmmmm, alangkah terkejut dan tergelaknya saya waktu itu apabila sedar jam telah menunjukkan sudah 1830. Saya terus mandi dan bersiap-siap sebab malam itu ada UKMWAF.

Tuesday, 14 November 2017

MENCUBA BERENANG DI KOLAM RENANG KELAB DANAU

Setelah sekian lama sudah tidak berenang, entah kenapa hari ini terasa nak berenang. Kali terakhir saya berenang pun masa tingkatan satu. Saya berjalan kaki dari kolej ke kelab danau. Seterusnya saya bayar sebanyak RM3 sebab saya pelajar UKM. Kalau orang luar perlu membayar lebih mahal termasuk kanak-kanak. Kolam renang di sana boleh tahan.
Image result for kolam renang danau ukm

Saya cuba berenang sebanyak mana yang boleh. Sebelum ini 5 km saya masih boleh tahan berenang. Namun bila cuba hari ni, beberapa round dah tercungap-cungap. Nak masuk round ke 15, kaki saya dah mula kejang. Saya cuba sedaya upaya untuk tahan kesakitan kejang dalam air sambil berenang hanya menggunakan tangan sehingga sampai ke tepi kolam. Saya berehat sehingga habis kekejangan pada kakiku dan kemudian sambung berenang untuk pusingan yang terakhir. Seterusnya, saya mandi untuk bersihkan badan dan setelah itu balik ke kolej. Saya dapat merasakan esok kemungkinan saya akan sakit-sakit badan sebab dah lama tak berenang tapi dah pulun buat lebih 15 pusingan untuk percubaan pertama. Hahaha.๐Ÿ˜‚


Page Title Click Here MUHAMMAD ABDULLAH BIN ZULDA MASRI My Favourite Drinks. Mango Juice Tea Milk My Hobby. ...