Saturday, 30 September 2017

TAKLIMAT DEBAT UPU DI PUSANIKA

Pada 26 September 2017, saya telah menghadiri kursus debat di pusanika. Program tersebut diadakan pada pukul 8 p.m. Kami telah diberi penerangan tentang cara-cara untuk berdebat dan penerangan tentang pertandingan debat yang akan diadakan. Setelah itu, senior-senior kami mempersembahkan aksi debat mereka untuk memberi gambaran situasi semasa pertandingan debat.


Selepas taklimat di pusanika, saya terus balik ke kolej dan menghadiri perbincangan dengan kumpulan debat KTHO untuk membuat persiapan sebelum pertandingan minggu depan.

Saturday, 23 September 2017

PENGALAMAN BARU UNTUK MENJADI KREW F1

Hari ini iaitu pada 23 September 2017, saya berjalan-jalan ke KLCC. Saya terlihat ada 'event' yang sedang berlaku hari ini. Iaitu mengenai F1, Petronas dan Mercedes. Saya mengambil kesempatan untuk mencuba permainan dan cara untuk menjadi krew F1. Saya mendapat pengalaman dan tunjuk ajar daripada krew F1 Mercedes itu sendiri iaitu tentang pengendalian kereta F1. Saya rasa seronok pada hari ini kerana dapat pengalaman baru yang tidak pernah saya peroleh sebelum ini.



Tuesday, 19 September 2017

PILIHAN RAYA

Hari ini, saya telah mengundi dalam pilihan raya dalam memilih majlis perwakilan pelajar. Boleh dikatakan hampir semua telah mengundi untuk memilih calon mereka sendiri. semua telah turun ke foyer untuk mengundi sejak pukul 8 pagi tadi.


Kini, orang ramai menunggu untuk menndapatkan keputusan pilihan raya tersebut. Segala keputusan terletak di tangan mahasiswa sendiri yang telah memilih calon mereka dan Allah SWT juga telah menentukan segala apa yang bakal berlaku selepas ini. Kini ku berserah kepada Allah untuk memberikan petunjuk yang baik untuk semua warga UKM.

PERBARISAN HARI MALAYSIA

Semalam, pada 18 September 2017, terdapat pertandingan perbarisan Hari Malaysia antara kolej-kolej di Stadium UKM. Stadium tersebut dipenuhi dengan mahasiswa dan mahasiswi UKM untuk menyaksikan persembahan mantap dari setiap kolej. Ramai sungguh mahasiswa dan mahasiswi yang membanjiri stadium tersebut sehingga saya sendiri susah nak cari tempat duduk. Namun, akhirnya dapat juga saya jumpa tempat duduk walaupun agak berhimpit dengan pelajar lain.


Sebaik sahaja persembahan yang menghiburkan daripada kolej-kolej tersebut, saya mengambil gambar dengan warga-warga KTHO untuk dijadikan kenangan.







Sunday, 17 September 2017

Malam Mengenai Kebajikan Dan Cara Mengundi

      Semalam, sebaik sahaja solat ishak, saya telah menghadiri taklimat tentang kebajikan, dan cara mengundi. Program ini dimulakan dengan taklimat tentang kebajikan di UKM di bilik memo. Antara maklumat yang telah diberi ialah tentang kebajikan para pelajar, permohonan PTPTN dan sebagainya.





      Kemudian kita perlu berpindah ke kafe untuk taklimat kedua. Taklimat tersebut adalah mengenai cara mengundi yang disampaikan oleh pengetua kolej kita sendiri. Beliau menerangkan secara terperinci mengenai perkara yang perlu dibuat semasa mengundi.

Friday, 15 September 2017

ISI MASA LAPANG PADA WAKTU PETANG DENGAN BERSUKAN

Boleh dikatakan setiap petang, jika berkelapangan masa dan tiada assignment yang nak kena buat, saya akan turun ke court untuk bersukan sama ada basketball atau volleyball demi menghilangkan rasa bosan. Namun saya lebih suka bermain basketball sebab saya memang suka main basketball berbanding sukan lain. Malah, saya ada juga geng untuk bermain basketball jika saya turun untuk bermain basketball.

Wednesday, 13 September 2017

PERJUMPAAN UNTUK CITRA KEBUDAYAAN

Hari ini, pada 13 September 2017, saya telah pergi ke DECTAR untuk menghadiri perjumpaan untuk citra kebudayaan. Setelah saya sampai ke DECTAR, saya lihat ramai pelajar yang menghadiri perjumpaan tersebut. Saya mendengari ceramah mengenai citra kebudayaan tersebut yang melibatkan pemarkahan, persembahan, malah assignment yang akan kita tempuhi.

Kemudian penceramah tersebut menanya kepada semua mahasiswa dalam DECTAR untuk mengetahui berapa ramai yang mengambil citra kebudayaan secara manual. Alangkah terkejutnya saya apabila dapati hampir seluruh mahasiswa di dalam DECTAR tersebut mengambil citra kebudayaan secara manual. Situasi ini menunjukkan bahawa majoriti mahasiswa di UKM berminat untuk terlibat dalam seni budaya ataupun ARTISUKMA.

Selepas ceramah selesai, saya pergi ke tempat perjumpaan bagi seni citra saya, iaitu dikir barat. Saya dan pelajar lain telah diberi taklimat oleh cikgu kami tentang waktu kelas dikir barat dan bercerita tentang pengalamannya semasa mengajar anak buahnya. Cikgu kami orang Kelantan, dan dia pandai buat lawak untuk menghiburkan kami. Namun, dia agak serius apabila terdapat pelajar yang tak dapat hadir ke kelasnya tanpa memberi alasan yang tidak munasabah. Walaubagaimanapun, saya rasa gembira dapat berada dalam kelas dikir baratnya kerana saya sendiri juga berminat untuk berdikir barat. huhu

MALAM BERSAMA PENGETUA KOLEJ TUN HUSSEIN ONN

Semalam pada 12 September 2017, saya telah menghadiri Program Malam Ramah Mesra Bersama Pengetua Kolej Tun Hussein Onn. Program ini diadakan pada jam 7:45 petang di dewan kuliah Fakulti Sains, Sosial, dan Kemanusiaan(FSSK).

Selepas sahaja menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah di surau KTHO, saya dan rakan saya berjalan kaki menuju ke dewan kuliah FSSK. Setelah kami tiba di sana, kami masuk ke dewan dan dapati ada pelajar lain yang sudah sampai.

Setelah beberapa minit kami menunggu, program tersebut dimulakan dengan ceramah bersama alumni UKM yang juga merupakan pemimpin Aspirasi. Dia telah memberitahu pelbagai pengalamannya pahit mahupun manis kehidupannya semasa menjadi warga UKM. Setelah itu, program itu diteruskan dengan ceramah daripada Pengetua kami iaitu Prof Madya Dr. Norinsan Kamil Othman.


Page Title Click Here MUHAMMAD ABDULLAH BIN ZULDA MASRI My Favourite Drinks. Mango Juice Tea Milk My Hobby. ...